Tuesday, 27 December 2011
Saat AkU MuLa JatUh CiNtA PaDaMu....
* Disaat kita mula jatuh hati pada seseorang yang bernama " lelaki " atau pun " perempuan " yang tidak mungkin kita miliki itu adalah sesuatu yang menyakitkan dan memilukan..Aku juga pernah mengalaminya..Apabila mula sukakan seseorang yang diberi gelaran sebagai " LELAKI " tanpa aku sedar bila ia mula berputik..Aku rasa sakit dan menderita apabila ia sudah dimiliki..Aku sendiri tidak tahu bagaimana ingin meluahkannya dan aku takut jikalau cinta aku ditolak oleh orang yang amat bererti buat aku..Aku juga tidak sanggup untuk tanggung beban ini sendirian..Setiap kali dia senyum kepada aku...aku rase kaku dan gelisah...dan apabila dia hampiri aku aku rasa seperti diri aku dilindungi..Apabila dia bertutur kata,aku rasa gembira...Setiap kali aku melihat wajahnya,aku ingin menyentuh dan membelai pipinya..Aku rasa tidak aman jika tidak melihatnya...Aku mula rasa seperti di syurga yang mempunyai pandangan yang indah...Hidup aku mula hancur apabila aku dapat tahu dia sedang bercinta dengan seorang gadis yang aku kenali...Aku rasa seperti tidak boleh bernafas..Hati aku seperti dirobek menggunakan pisau yang masih tajam...Air mata mula mengalir tanpa disedari....Selepas itu,aku tidak pernah berbicara dengan dia bahkan bertemu sekali pun tidak lagi...Aku salah meletakkan rasa cinta dan sayang aku...Aku salah menilai apa erti cinta yang sebenar..Dan pada akhirnya aku sendiri yang kecewa... Sehingga kini aku masih punya rasa cinta terhadap dirinya...Wahai kekasih gelapku...Aku bermohon agar kau bahagia dan tidak lupa akan diriku ini....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment